Sunday, June 9, 2013

Kenapa membeli-belah secara online menjadi pilihan kini? :::

Tidak kira samada anda tinggal di bandar maupun di desa. Peningkatan infrastruktur capaian internet yang disediakan oleh pihak kerajaan atau operator selular dibandar dan diluar bandar membolehkan ianya dimanafaatkan sebaik mungkin. Ianya bukan saja membantu mendapatkan maklumat malahan memudahkan segala transaksi pembayaran ke bank dan bil-bil anda. 

Kepada mereka yang ingin membeli barang-barang keperluan, ianya juga sangat berguna kerana:

  • Kita sering tidak berkesempatan untuk keluar membeli-belah di bazar-bazar atau pasaraya disebabkan kesuntukan masa.                                                                                                 

  • Anda tidak perlu menanggung kos pengangkutan, kos penggunaan petrol, bayaran toltambang, bayaran parking, dan lain-lain fee untuk membeli belah. Kos tambahan yang mungkin perlu anda tanggung hanyalah belanja penghantaran/pos sahaja (Hanya Sabah & Sarawak).
  • Anda akan mendapat produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Anda tidak perlu membayar harga untuk sewaan kedai, kos elektrik, pendingin hawa, gaji pekerja dalam harga produk yang anda beli. Anda juga masih berpeluang untuk berunding tentang harga menggunakan email (hkempire@gmail.com) atau sms 019-2792029 (azli) 013-3679921 (Kalshom)
  • Dengan kemudahan membeli belah secara online, anda tidak perlu menunggu hujung minggu atau mengambil cuti utk keluar membeli-belah. Maka gunakanlah masa tersebut untuk bersama keluarga yang tercinta.
  • Anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah semasa berada di pejabat atau dari rumah anda sendiri tanpa mengira waktu. 

Friday, May 24, 2013

Home

Assalam mualaikum Dan Salam Sejahtera buat semua Pembaca/Pelawat Blog ini.


Semoga di permulaan ini membawa kepada sinar harapan dan kekuatan untuk kami   meneruskan tulisan yang mendorong diri penulis mahupun pembaca untuk sentiasa menjaga aurat disamping berfesyen. Bertudung bukan saja satu tuntutan Agama namun ianya kini menjadi satu tarikan fesyen yang dikenakan ketika bekerja, beriadah, bersiar-siar, bersantai dan sebagainya. 

Di pasaran kini, tudung mahupun selendang banyak sekali dengan pelbagai rekabentuk, warna, cara pemakaian yang  sentiasa "up-to-date". Kita boleh dapatinya dengan mudah dari pasar malam, bazar-bazar, Pusat Borong (sprt Nilai 3) hinggalah di gedung-gedung terkemuka. Namun, kedatangan kami ditengah-tengah pesatnya persaingan diantara pengeluar, pereka dan butik fesyen yang menengahkan pelbagai rekaan mereka dengan harga yang menarik, harapan kedatangan kami membawa suatu saingan yang sihat. 

Pendekatan kami adalah seperti berikut:

1) Kualiti kain yang sesuai (nipis tapi tak jarang ,lembut dan mudah dibentuk) dengan cuaca negara kita. 

2) Menyediakan pelbagai pakej seperti set selendang, brooch, inner, baju, handbag & purse.

3) Harga yang lebih kompetatif.


Insyallah kami akan sentiasa mengemaskini blogspot kami.