Friday, May 24, 2013

Home

Assalam mualaikum Dan Salam Sejahtera buat semua Pembaca/Pelawat Blog ini.


Semoga di permulaan ini membawa kepada sinar harapan dan kekuatan untuk kami   meneruskan tulisan yang mendorong diri penulis mahupun pembaca untuk sentiasa menjaga aurat disamping berfesyen. Bertudung bukan saja satu tuntutan Agama namun ianya kini menjadi satu tarikan fesyen yang dikenakan ketika bekerja, beriadah, bersiar-siar, bersantai dan sebagainya. 

Di pasaran kini, tudung mahupun selendang banyak sekali dengan pelbagai rekabentuk, warna, cara pemakaian yang  sentiasa "up-to-date". Kita boleh dapatinya dengan mudah dari pasar malam, bazar-bazar, Pusat Borong (sprt Nilai 3) hinggalah di gedung-gedung terkemuka. Namun, kedatangan kami ditengah-tengah pesatnya persaingan diantara pengeluar, pereka dan butik fesyen yang menengahkan pelbagai rekaan mereka dengan harga yang menarik, harapan kedatangan kami membawa suatu saingan yang sihat. 

Pendekatan kami adalah seperti berikut:

1) Kualiti kain yang sesuai (nipis tapi tak jarang ,lembut dan mudah dibentuk) dengan cuaca negara kita. 

2) Menyediakan pelbagai pakej seperti set selendang, brooch, inner, baju, handbag & purse.

3) Harga yang lebih kompetatif.


Insyallah kami akan sentiasa mengemaskini blogspot kami.